Nota Saeed

"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Feedback Pembaca : Annyeong From The Other Side.

Alhamdulillah, jualan buku Annyeong From The Other Side telah berjalan selama 2 bulan. Buku ini merupakan buku sulung saya, diterbitkan secara sendiri 100% untuk menimba pengalaman dalam bidang penulisan. Saya bersyukur kerana sambutan buku ini jauh lebih baik dari yang saya sangkakan.

Sebagai penulis persendirian, feedback yang membina dari para pembaca amatlah penting untuk memberi saya semangat meneruskan penulisan buku yang seterusnya.

Berikut merupakan feedback yang saya dapat dari buku sulung saya, Annyeong From the Other Side

Assamualaikum, terima kasih sebab create buka annyeong! 😊 sangat bermanfaat. Thumb up!

Part perspective on islam tu betul bg saya dan family, ayah saya kerja di Naza Kia. Dan seperti yg awak tahu Kia is one company of Korea, jadi selama 6 tahun ayah saya akan ulang alik ke Korea dan akan ada 2 @ 3 org executive dari sana akan turun ke msia utk setiap 6 bulan. And my dad very close with Mr.Han, betul la apa awak ckp org Korea sgt penting kan bahasa dorg sendiri.

Haha kalau dgr conversation ayah saya dgn Mr.Han mmg kelakar gila. And I think I will understand students in Korea grammar anda akan menjunam sebab ayah saya pun grammar dah teruk bila nak buat report dgn Mr.Han tkpa skrg Google grammar kan ada? 😉  so now ayah saya decide utk belajar bahasa Korea dan amk kelas after 6 years conversation hahahah sebab in sha Allah dgn Izin-Nya ayah saya dan Mr. Han plan nk collaboration business.

Dan part yg sedih ayah saya cakap Mr.Han tak suka sgt dengar azan tapi tkpa ayah saya selalu menceritakan kebenaran tentang islam dan kebesaran ttg Allah SWT, adik bongsu saya Al hafiz tp pelik nya Mr Han suka kt adik bongsu saya. In sha Allah saya yakin suatu hari nanti hidayah islam akan hadir dalam diri Mr Han. Amiinn. So one of reason saya suka sangat org Korea sebab adab dorg dan kebersihan persekitaran dan cara kebersihan dalam hidup dorg sebab saya jenis tak suka tgk benda bersepah. Btw org Korea mmg sgt suka kan massage therapy(I guess) ke? sebab setiap kali Mr Han dtg msia mesti resit2 massage byk, saya kena susun resit2 setiap bahagian masa Mr.Han berada dekat msia.

Oh saya tahu pasal buku awak sebab kakak awak sufi syazwani post dekat wall and that time saya mmg suka ttg Korea kira rezeki la utk saya. I’m your sister junior tapi kakak awak aliran Arab and saya aliran biasa😊✌

Saya bagi 3.5 Bintang utk buku annyeong ni. Actually nak bg 5 tapi takut nanti awak tak nak buat buku sambungan. Hehe

-Nabilah Adli

Reply dari penulis –

Terima kasih cik Nabila, nice story u have there. Semoga Mr. Han akan terus terbuka hati dengan Islam. Disebabkan cik punya feedback ni memang saya rasa nak buat sambungan buku. Doakan saya terus ada kesempatan untuk menulis buku seterusnya!

Buku pertama yang berjaya aku habiskan mengisi masa cuti semester kali ni; Annyeong from the other side!
Ni bukan buku pertama berkaitan korea yang aku baca. Tapi jalan cerita yang sangat berbeza dgn buku-buku sebelum ni.

MasyaAllah details yang penulis sampaikan sangat bermanfaat 👍  Bro Saeed ni cerita pengalaman sbg muslim kt Korea time memula dia further study sana. Zaman sekarang mungkin dh ramai Muslim kat sana.

Satu benda yang aku terkesan dengan pengalaman org kita yang berjalan ke tempat org yang tk ramai muslim. Tapi rakyat dorang amalkan lebih nilai murni berbanding kita sendiri.

Korang boleh dapatkan buku ni from Saeed Owairan sendiri untuk tahu sisi baik & gelap korea based on pengalaman beliau. Its worth reading this book, insyaAllah!

-Asfarina radzi

Reply dari penulis –

Terim kasih cik Asfarina, betul tu saya pun sangat terkesan dengan sikap orang Korea yang banyak mengamalkan nilai murni. Mungkin kita pun boleh mulakan amalkan nilai murni dan pengaruhi orang sekeliling. Jom?.

Alhamdulillah, buku Livelog karya Saudara Saeed Owairan ini selamat tiba di pejabat kolej pada pukul 4 petang, dan pada pukul 11.30 malam saya berjaya mengkhatamkannya!

Serious, best sangat!

Selama ini apabila sebut sahaja Korea, maka perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita sudah tentu budaya hedonisma, kpop, Runningman dan sebagainya.Tapi alhamdulillah, dengan perkongsian catatan hidup muslim di Korea, hasil coretan Saudara Saeed Owairan ini berjaya membawa saya, selaku pembaca melihat bumi Korea menurut sudut pandang yang berbeza.

Yakni, sudut pandang seorang muslim.

Segala cabaran, pahit manis, suka duka menjadi mahasiswa muslim di Korea dikongsikan penuh penghayatan oleh Saudara Saeed Owairan.

Sekiranya anda bertanya kepada saya berkenaan buku apa yang mampu membuat saya tersenyum ketika membacanya, kata saya;

“Buku Annyeoung, From The Other Side!”

Tahniah kepada Saudara Saeed Owairan, terus berjuang menegakkan islam di bumi Korea!

-Amirul Eikhwan

Reply dari penulis-

Terima kasih bro Amirul. Tak sangka buku saya ni boleh buat bro baca sambil tersenyum. Kepuasan seorang penulis mestilah apabila pembacanya juga puas. Doakan saya di sini ya. Tunggu buku kedua saya insyaAllah!

 Da beli pun…hihihi😍😍😍

gaya penceritaan yg bersahaja dan menarik…and paling best ade banyak fakta menarik mengenai korea yg penulis sharekan…sangat bermanfaat pengalaman dan maklumat yg dkongsikan…

-Nor Mas Zlim

Reply dari penulis-

Terima kasih cik Nor, sebab saya secara peribadi tak suka buku yang serius, saya tulis buku yang saya sendiri ingin baca. Saya bersyukur cik juga sukakannya 🙂

 

Advertisements
%d bloggers like this: