Memilih Hobi. Isi Masa & Isi Poket.

Secara definisinya hobi adalah perkara yang selalu kita lakukan di masa lapang untuk kepuasan diri. Namun begitu, anda mungkin perlu melihat hobi anda jauh lebih dari sekadar sesuatu yang mengisi masa lapang, malah sesuatu yang boleh mengisi poket anda. Jika anda sedang memilih hobi atau ingin menukar hobi yang baharu, mungkin anda boleh mempertimbangkan dua cadangan berikut. Saya kongsikan sedikit pendapat saya berdasarkan pengalaman peribadi.

1. Fotografi.

Dalam kalangan pelajar, menjadikan fotografi sebagai hobi bukanlah satu perkara yang asing. Mungkin kerana hobi ini memberikan peluang pelajar mencari ruang melepaskan diri dari kesibukan dan kekusutan sesi akademik. Dalam masa yang sama ia memberi peluanag untuk para pelajar bersosial dengan rakan-rakan yang juga sama minat dengan mereka.

Hobi ini mungkin memerlukan anda membelanjakan sedikit wang untuk peralatan, kamera serta kelengkapannya. Walaubagaimanapun, percayalah jika anda sukakan kecantikan dan mencari kecantikan serta suka menyimpan momen-momen penting, pasti wang yang dibelanjakan itu berbaloi.

Selain itu juga, hobi dalam bidang fotografi boleh menjadi sumber pendapatan sampingan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita kena kreatif untuk menjana pendapatan sampingan. Mempelajari ilmu fotografi mungkin akan membantu kita untuk mendapatkan hasil sampingan. Sebagai contoh anda boleh ambil upah hasilkan gambar-gambar produk. Ramai online seller sekarang ni yang menjual pelbagai produk makanan, kecantikan dan lain-lain. Bagi online seller, gambar merupakan promosi terpenting untuk mereka mengiklankan produk mereka. Jika anda bijak dan rajin sedikit mencari online seller yang perlukan khidmat fotografer, anda mungkin akan dapat menjana pendapatan sampingan.

Bayangkan anda membuat sesuatu yang anda suka(hobi) + jana pendapatan, bukankah itu satu perkara yang seronok?.

Segan sebab kurang mahir?. Terpulanglah, saya hanya memberi pandangan peribadi dari pengalaman saya yang juga bukanlah seorang yang profesional atau mahir dalam dalam bidang ini.

2. Grafik Design.

Saya ambil definisi google, grafik design merupakan ‘seni atau kemahiran menggabungkan teks dan gambar dalam iklan, majalah, atau buku’.

Senang kata, grafik design adalah satu seni macam mana kita nak sampaikan sesuatu mesej dalam bentuk grafik. Kalau anda ingin mencari sesuatu hobi, saya cadangkan anda belajar reka grafik di masa lapang anda. Mungkin anda boleh mulakan dengan belajar perkara asas adobe photoshop dan adobe illustrator.Untuk permulaan mungkin juga boleh cuba untuk membuat poster-poster peribadi atau kalau ada peluang ambil tugasan membuat poster aktiviti persatuan-persatuan pelajar.

Ia merupakan satu bidang yang luas. Banyak perkara yang memerlukan khidmat pereka grafik. Apabila permintaan ada, bermakna di situ adanya peluang dan di situ juga adanya sumber pendapatan.

Orang nak kahwin pun perlukan pereka grafik, parti politik juga perlukan pereka grafik, malah syarikat-syarikat serta online seller. Mungkin jika kita tidak mengambil pendidikan formal bidang ini, kita tiada kelulusan dan kredibiliti untuk memohon kerja di syarikat-syarikat besar. Namun, bagi hobbist peluang untuk mencari pendapatan sampingan itu ada. Anda boleh jadi pereka grafik yang independen. Anda boleh target kepada individu yang baru mula untuk membuka perniagaan seperti mengambil upah untuk mereka logo dan brand.

Dua perkara di atas saya cadangkan atas pengalaman peribadi, bergantung kepada anda jika anda merasakan ia relevan untuk di cuba ataupun tidak. Kerana pada pandangan peribadi saya, kita perlu memilih hobi yang boleh memberi pulangan atas masa yang telah kita luangkan. Kita tidak mahu masa yang kita habiskan untuk hobi kita tersia begitu sahaja.

sekian terima kasih.

saeed owairan bin misnan

9 Februari 2016

 

IMG_9126.jpeg
Saya seorang hobbist photographer, ini salah satu gambar kegemaran saya.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s