Jangan Kongsikan “Life Goals” Anda. Ia Satu Kesilapan Besar.

Setiap dari kita mesti mempunyai matlamat dan cita-cita. Samada jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Sudah menjadi trend terkini apabila kita mempunyai matlamat baharu kita akan mempunyai keinginan yang kuat untuk berkongsi bersama rakan lebih-lebih lagi dengan kemudahan media sosial di hujung jari. Ia pasti menyeronokkan apabila dapat berkongsi “life goals” kita dengan rakan-rakan, pasti kita akan lebih rasa bersemangat untuk berusaha mencapainya kan?

Akan tetapi, anda mungkin perlu fikir semula jika anda ingin berkongsi matlamat dan cita-cita anda selepas ini.

Hal ini kerana pada tahun 2009,  Peter Gollwitzer, Paschal Sheeran, Verna Michalski, dan Andrea Seifert menerbitkan sebuah kajian yang menarik mengenai topik ini dalam bidang Sains Psikologi. Mereka berhujah bahawa “matlamat penting seperti memilih  kerjaya melibatkan komitmen kepada matlamat identiti. Matlamat Identiti adalah matlamat yang akhirnya mempengaruhi konsep seseorang mengenali siapa mereka. Pilihan kerjaya adalah satu jenis matlamat identiti. Malah komitmen untuk hobi, untuk menjadi ibu bapa yang baik, serta untuk melakukan tugas sukarela atau amal juga mungkin adalah satu matlamat identiti.”

Mereka menyarankan bahawa “apabila orang mengumumkan niat untuk komited kepada matlamat identiti di khalayak ramai, pengumuman itu sebenarnya boleh memakan diri. Sebagai contoh, Mariah mahu menjadi ahli psikologi. Dia memberitahu Hanis bahawa dia mahu meneruskan kerjaya ini dan bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh dalam kelas. Walau bagaimanapun, hanya dengan memberitahu Hanis hasratnya, dia tahu bahawa Hanis sudah mula memikirkan beliau sebagai ahli psikologi. Jadi, dia telah mencapai sebahagian daripada matlamat identitinya hanya dengan memberitahu Hanis mengenainya. Apa yang cukup pelik, ia  benar-benar dapat mengurangkan kemungkinan Mariah akan belajar bersungguh-sungguh.” 

Kajian ini juga telah disertakan dengan beberapa bukti untuk menyokong kekuatannya. Dalam satu kajian, mereka telah mengumpulkan beberapa pelajar yang berminat untuk menjadi ahli psikologi. Mereka diminta untuk menulis dua perkara yang akan mereka lakukan minggu hadapan untuk membantu mereka  untuk menjadi ahli psikologi. Separuh dari mereka telah menghantar dua perkara yang mereka tulis kepada pengujikaji dan telah dibaca dihadapan mereka. Manakala sebahagian mereka telah menghantar tetapi diberitahu bahawa penguji kaji tidak dapat membacanya kerana berlaku masalah teknikal.

 Minggu berikutnya, semua peserta telah dihubungi lagi dan telah diminta untuk ingat semula dua perkara yang mereka ingin buat minggu sebelumnya, kemudian diminta menulis berapa banyak masa yang diluangkan untuk aktiviti yang mereka ingin lakukan. Mereka mendapati bahawa mereka yang telah menghantar dua perkara yang ingin mereka lakukan dan dibaca meluangkan masa kurang daripada mereka yang matlamatnya didak dibaca.  Beberapa susulan kajian telah dilakukan juga mendapati hasil yang sama justeru  menolak penjelasan lain bagi penemuan ini.

Di dapati bahawa sesiapa yang memberitahu orang lain tentang matlamat yang ingin mereka capai tidak akan menaikkan motivasi malah sebaliknya merendahkan motivasi untuk mencapainya. hal ini kerana otak kita tertipu dengan merasakan bahawa kita telah mencapai sebahagian matlamat kita hanya dengan berkongsi dengan orang lain.

Kesilapan yang berulang

Mungkin kajian ini boleh menjawab persoalan majoriti antara kita kenapa setiap tahun, Azam Tahun Baru kita menjadi azam semata. Dan akan kekal menjadi posting di media sosial yang di ulang tanggal 1 Januari.

Selepas ini, kepada sesiapa yang mempunyai azam baharu seperti ingin menurunkan berat badan, ingin luangkan masa 2 jam sehari mengulangkaji, ingin berjoging setiap petang atau ingin memulakan bisnes eloklah anda menghentikan tabiat memberitahu kepada orang lain tentang matlamat anda walaupun kepada orang yang terdekat. Seeloknya jika kita ingin memulakan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat, eloklah kita mengambil pendirian “let your actions express your intentions louder than your words.”

Goal

Saeed Owairan bin Misnan

12 Januari 2016

00:47 am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s