Sistem Tren di Korea Selatan yang Perlu di Contohi Malaysia

Di sini saya nak share sikit ciri-ciri Subway System Korea yang sangat efektif yang saya rasa Malaysia perlu contohi. Tak dinafikan sistem pengangkutan awam makin bertambah baik di negara kita. Tapi tak salah untuk kita sentiasa melihat kepada ruang penambahbaikan.

Pertamanya mari kita lihat berapa nilai tambang di Korea dan di Malaysia.

Di Korea tambang kereta api pada kadar 1250 Won bersamaan Rm 4.50. – boleh transfer ke laluan berbeza sebanyak 2 kali dan akan bertambah mengikut kilometer setelah satu jarak yang tertentu.

Manakala tambang KTM pula bermula RM 1.00 dan bertambah mengikut kilometer.

Sekali pandang, macam korea lagi mahal
Kan?. Tapi 1000 won ni macam seringgit je dekat korea. Jadi boleh kata tambang dekat korea Rm1.25.

Dengan perkhidmatan yang sangat cekap, train yang banyak, boleh kata hampir selang 5 minit akan ada train, dengan nilai tambang yang sama kita mendapat lebih value dengan perkhidmatan di Korea berbanding di Malaysia. Ini menjadikan secara realitinya tambang di Korea lebih murah dan berbaloi.

Saya sertakan dengan gambar kenapa subway system korea sangat mantap.

 

12366354_1712055082339452_6656622066248037917_n
1) Kaunter Masuk -Sangat banyak dan semuanya berfungsi, andainya rosak akan diselenggara dengan segera. -Guna system T-Money. Macam Touch N Go dekat Malaysia. T-Money juga ada embedded dalam smartphone keluaran korea. Jadi sesiapa yang xmahu gunakan kad, boleh guna fon je. – Dapat kurangkan masa menunggu dan kurangkan kesesakan.
12366305_1712055105672783_6168892293170398292_n
2) Untuk Orang yang Berjalan Perlahan atau Kesuntukan Masa – ada Travelator -Untuk bantu sesiapa nak cepat. Sebabnya subway station ni biasanya besar. Sangat membantu terutamanya kalau nak cepat atau kalau dah terlampau penat.
12369051_1712055122339448_2493067443248842287_n
3) Garisan Kuning – Boleh nampak garisan kuning tu kn?. Garisan tu ada merata dalam subway station ni. Ia bertujuan untuk membantu orang buta. -Ia juga menjadi pembahagi jalan. Jadi orang yang berjalan ke arah berlawanan arah tak bertembung.
988780_1712055139006113_5690803959347074239_n
4) Pembahagi Tangga/Jalan – Tengok sticker dekat tangga tu. Untuk ingatkan orang ramai siapa nak naik sila ke kanan. Siapa nak turun akan guna kiri. -Dapat elakkan kesesakan terutama peak hour. Kebanyakan orang korea sangat patuh dengan arahan ni.
12391940_1712055155672778_6479803161123692512_n
5) Peta Perjalanan Subway. – Setiap kali sebelum naik subway, kita boleh jumpa banyak peta mcm ni. Jadi kita boleh pastikan kita tak tersalah arah. Kita mesti taknak tersalah naik gerabak kan?
943884_1712055172339443_6281647082010844853_n
6) Papan Tanda – Papan tanda yang besar dan jelas ada merata-rata dalam subway station ni. Tengok kat sebelah kiri atas kat belakang tu. Tak jauh dari papan tanda ni ada lagi satu papan tanda. Anda susah untuk sesat dalam subway station.
947381_1712055199006107_4545636292506681981_n
7) Papan Tanda Digital -Selain papan tanda biasa. Ada banyak jugak papan tanda digital macam ni dalam subway station. -Yang sebelah kiri tu kita boleh tengok train dah sampai station mana. Yang sebelah kanan pulak biasanya ada iklan atau ada announcement.
1928918_1712055215672772_1663851293528740746_n
8) Mesin Tambah Nilai T-Money. – Macam mesin tambah nilai Touch N Go. Ada di setiap pintu masuk dan pintu keluar subway station. Tak perlu takut kalau nilai T-Money tak cukup. Boleh topup sebelum naik atau masa turun dekat setiap station. -Multilanguage. Sangat mudah diguna oleh pelancong.
1915323_1712055235672770_1975831051939761322_n
9) Safety Equipments – Safety Equipments macam ni banyak. Di letak di tempat yang mudah dicapai dan dilihat oleh pengguna. Kalau ada apa-apa berlaku, tak perlu kalut nak cari dekat mana safety equipments.
12376284_1712055252339435_4016572807022656144_n
10) Important and Emergency Informations Posters. -Banyak poster menerangkan info-info penting di sekitar dinding-dinding dalam subway station ni. Mudah untuk mengajar dan memberitahu pengguna info-info yang penting.
12391785_1712055269006100_5203085047286402009_n
11) Iklan Mendidik – Sambil tunggu train, boleh dihiburkan dengan animasi-animasi mendidik. Kebanyakannya mengajar cara betul menaiki subway, kempen-kempen kerajaan dan macam-macam lagi .
12392060_1712055292339431_1498134164774875323_n
12) Peta dan Maklumat Kawasan. – Dekat setiap subway station mesti akan ada peta dan maklumat kawasan tersebut. Mudah untuk kita merancang nak ke arah mana sebelum keluar dari subway station.
10400728_1712055312339429_5413804006754770144_n
13) Pintu Keselamatan. – Subway di Korea rata-rata tertutup dengan pintu keselamatan. Ini dapat mengurangkan kebarangkalian orang terjatuh ke landasan kereta api. Dan dapat menyelamatkan banyak nyawa!
942885_1712055329006094_4836076052674228357_n
14) Keistimewaan untuk Orang Kurang Upaya. – Tanda-tanda untuk memberi laluan kepada orang kurang upaya seperti di dalam gambar ada di mana-mana. Dan orang korea sangat mematuhinya.
1511023_1712055359006091_7610692061642321163_n
15) Dalam subway, ada banyak screen macam ni. Boleh sentiasa check dan tahu kedudukan kita di mana.
227114_1712055375672756_4499307338477302704_n
16) Peta Subway. -Lihatlah betapa berseliratnya subway di Seoul. Peta macam ni ada dekat setiap gerabak. Memudahkan orang ramai rancang perjalanan mereka.
Advertisements

2 thoughts on “Sistem Tren di Korea Selatan yang Perlu di Contohi Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s