Penulis Nota.

” Tulislah apa yang kita pelajari, nanti ia lebih melekat dalam hati” -cikgu-

Terus terang, saya bukanlah seorang penulis nota yang baik, selalu sahaja bermulanya setiap semester di universiti, pasti banyak buku nota yang dibeli. Bila menyalin nota ikut mood, satu buku mempunyai nota dari 3-4 subjek berselang seli. Kebanyakan nota yang disalin tak boleh dibaca semula kerana terlalu bercampur font tulisan, sans serif, monotype corsiva , tamil, sanskrit walaupun saya tak pernah belajar tulisan-tulisan tersebut!

Tapi saya tak pernah berhenti menyalin nota. Kerana ia adalah satu pesanan cikgu saya sewaktu sekolah dahulu. Untuk menimba ilmu mesti salin nota, walaupun sedikit, walaupun tidak teratur walaupun saya tak mampu nak memahami nota yang dibuat!. Kerana saya yakin, dengan manyalin nota, walaupun tak banyak kita akan dapat ingat dan faham serba sedikit apa yang dipelajari.

Kalau nak belajar subjek di dalam kelas, kita menulis nota subjek tersebut, kenapa tidak kita menulis nota kehidupan untuk belajar daripadanya?

Dengan itu, insyaAllah saya akan cuba mengabadikan sedikit sebanyak nota-nota sekitar peristiwa bermakna “meaningful encounters”  dalam kehidupan seharian. Semoga nota-nota ini suatu hari nanti memberi manfaat kepada saya dan pembaca semua insyaAllah.

“(Allah) Yang mengajar (manusia) dengan perantara pena (baca tulis). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(QS. al-’Alaq: 4-5)

Jom menulis!

 

Saeed Owairan,

17 Nov 2015

 

Screen Shot 1437-02-06 at 23.58.17
Gambar kenangan bersama penulis terkenal yang saya minati, Ustaz Salim A. Fillah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s